View Article |
Perkembangan penulisan karya adab Al-‘Alim oleh sarjana Islam: satu sorotan ke arah penentuan sumber kepada etika profesion perguruan dalam Islam
Mohd Anuar Mamat1.
Sejak akhir-akhir ini pelbagai isu berkaitan salahlaku dan permasalahan etika para guru dilaporkan dan berlegar di dada-dada akhbar tempatan. Saban tahun kes-kes ini muncul dan memberi pelbagai persepsi masyarakat terhadap kualiti dan profesion perguruan. Oleh yang demikian, makalah ini akan meninjau perkembangan genre penulisan karya adab al-„ālim yang dihasilkan oleh para sarjana Islam. Sejumlah karya berkaitan adab al-„ālim akan dikemukakan dan dibincangkan berdasarkan kurun-kurun kewafatan mereka bermula kurun ke-2H sehingga kurun ke-11H. Makalah ini mendapati bahawa para sarjana amat mengambil perhatian terhadap persoalan adab al-„ālim ini dan menghasilkan karya seawal kurun kedua Hijrah lagi. Terhadap 29 orang sarjana Islam yang menghasilkan penulisan berdasarkan tema tersebut sama ada secara umum, khusus mahupun berteraskan latar pemikiran masing-masing. Khazanah penulisan ini merupakan sumbangan penting sarjana Islam terdahulu demi menjamin kualiti para guru pendidikan Islam. Ia sepatutnya menjadi asas kepada penentuan Etika Profesion Perguruan dalam Islam yang holistik dalam menangani isu etika para guru selaras dengan hasrat kerajaan dalam melaksanakan transformasi sistem pendidikan di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 183 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|