View Article |
Akhlak percintaan dan rasa malu
Rezki Perdani Sawai1, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin2, Sidek Mohd Noah3, Rumaya Juhari4, Krauss, Steven Eric5.
Bercinta bukanlah satu tiket untuk pasangan teruna dan dara melakukan apa sahaja. Islam menggariskan panduan tentang batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Mereka perlu menjaga akhlak percintaan dan memiliki rasa malu untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Akhlak percintaan dan rasa malu menjaga pelakunya dari perbuatan-perbuatan yang tidak sesuai dengan ajaran agama, undang-undang atau adab masyarakat. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah 260 pelajar dari dua Institusi Pengajian Tinggi Awam di Selangor dan Negeri Sembilan, Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat samada terdapat hubungan antara akhlak percintaan dan rasa malu. Kaedah kajian ini adalah kuantitatif menggunakan Instrumen Akhlak Percintaan dan Inventori Emosi Moral Muslim. Seseorang yang menjaga akhlak dalam percintaan memiliki rasa malu yang tinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan antara akhlak percintaan dan rasa malu. Implikasi kajian ini adalah berkaitan dengan pemahaman tentang akhlak percintaan dan rasa malu dari perspektif Islam amat relevan dalam menangani masalah sosial yang berakar dari salah faham tentang konsep cinta. Kajian ini menekankan kepentingan memahami cinta dari sudut moral dan akhlak percintaan.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 183 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|