View Article |
Hak kepada nasab kanak-kanak dalam baby hatch di Malaysia
Siti Nur Aqilah Bux Sheikh Johari Bux1.
Baby Hatch merupakan tempat perlindungan bayi yang tidak diingini. Bayi di Baby Hatch selalunya tidak mempunyai identiti yang pasti. Ini adalah kerana, bayi ditinggalkan tanpa pengenalan diri, tanda agama serta maklumat peribadi lain. Dengan kepesatan pembangunan di Malaysia, boleh jadi bayi tersebut merupakan warganegara Malaysia mahupun warganegara luar. Penduduk yang mempunyai pelbagai latar belakang agama dan budaya juga menyukarkan untuk bayi tersebut dikenali agama dan bangsanya. Permasalahan timbul apabila bayi itu akan diserahkan kepada keluarga angkat. Ini adalah kerana, hak setiap kanak-kanak untuk hidup dalam keluarga yang bahagia, dalam keadaan beragama dan mendapat pendidikan yang sewajarnya. Namun, bayi di Baby Hatch masih tidak mempunyai nasab yang jelas untuk mereka mendapatkan hak-hak yang lain. Oleh itu, kajian ini akan menerangkan hak bayi di Baby Hatch iaitu nasab bayi di Baby Hatch mengikut perundangan Malaysia dan syariah. Hak nasab bayi menurut undang-undang Malaysia dianalisa sama ada selari dengan konsep yang telah digariskan oleh syariah atau tidak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi pendekatan analisis dokumen dan temubual dengan pengendali Baby Hatch di Malayisa. Hasil dapatan kajian ini diharap dapat memberikan rujukan dan garis panduan yang jelas mengenai hak nasab kanak-kanak di Baby Hatch.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 183 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|