View Article |
Deskripsi keEsaan Allah s.w.t. menurut perumpamaan dalam al-Quran
Syed Sultan Bee Packeer Mohamed1.
Menghayati perumpamaan yang terkandung dalam al-Quran merupakan satu
pendekatan yang amat berkesan dalam mendidik jiwa manusia. Ia dapat mengubat pelbagai
penyakit batin yang melanda manusia termasuklah penyakit-penyakit yang melibatkan akidah.
Sejak akhir-akhir ini, kita kerap kali tersentak dengan berita-berita di media massa berkaitan
orang Melayu Islam di negara ini yang terlibat dalam isu murtad, ajaran sesat dan fahaman
ateisme. Senario ini sangatlah membimbangkan kita sebagai rakyat Malaysia kerana ia
merosakkan imej agama Islam yang menjadi agama rasmi negara kita. Justeru, salah satu jalan
penyelesaian kepada masalah ini ialah mentadabbur perumpamaan dalam al-Quran yang
membicarakan tentang keEsaan Allah s.w.t. Hal ini kerana ia mempunyai pelbagai
keistimewaan yang dapat mendorong manusia untuk berfikir dengan hati dan akal mereka
tentang keEsaanNya. Sehubungan dengan itu, satu kajian berbentuk kualitatif telah dijalankan
untuk meneliti konsep keEsaan Allah s.w.t. serta menganalisis perumpamaan -perumpamaan
berkaitan keEsaan Allah s.w.t yang terdapat dalam al-Quran. Bagi mengumpulkan data, kaedah
kepustakaan telah digunakan. Manakala bagi menganalisis data pula, kaedah analisis dokumen
berbentuk deskriptif telah diimplementasikan. Hasil kajian mendapati bahawa perumpamaan
dalam al-Quran dapat memberi kesan yang amat mendalam kepada jiwa manusia dalam
memahami konsep keEsaan Allah s.w.t. Ia menegaskan bahawa hanya Allah s.w.t. sahaja
Tuhan yang layak untuk disembah dan menolak ketuhanan segala sesuatu selain daripadaNya.
Pendekatan yang digunakan ialah dengan membawa analogi yang terdapat pada manusia dan
haiwan, di mana ianya mudah difahami oleh akal yang sihat. Kajian ini diharapkan dapat
memberi kesedaran kepada masyarakat agar menjadikan perumpamaan dalam al-Quran
sebagai salah satu kaedah untuk memperbetulkan akidah umat Islam yang terpesong dan juga
meningkatkan tahap keimanan mereka terhadap Allah s.w.t.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 152 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|