View Article |
Keris dalam pengubatan tradisional Melayu dari perspektif Islam sebagai suatu kajian kes di Kelantan
Azlina Musa1.
Makalah ini akan membincangkan tentang keris dalam pengubatan tradisional
Melayu dari perspektif Islam sebagai suatu kajian kes di Kelantan. Makalah ini akan meneliti
keris dijadikan sebagai alat pembantu ritual kepada bomoh, dukun atau pawang dalam
pengubatan tradisional Melayu. Makalah ini turut meneliti sejauhmanakah keberkesanan
keris sebagai salah satu usaha untuk bomoh, dukun atau pawang menyeru, memanggil dan
memuja kuasa luar biasa turut serta dalam upacara yang diadakan dengan meneliti dari kaca
mata Islam. Makalah ini akan meninjau persepsi Islam tentang peralatan yang digunakan
oleh pengamal semasa ritual pengubatan tradisional Melayu. Disamping itu, makalah ini
turut meneliti sejauhmanakah masyarakat Melayu di sekitarnya percaya bahawa keris yang
diperasapkan dengan pembakaran asap kemenyan dan diiringi bacaan doa oleh bomoh,
dukun atau pawang berkeupayaan untuk mengusir makhluk halus jahat daripada mengganggu
keadaan tubuh pesakit dan membantu memulih serta menyembuhkan keadaan penyakit
gangguan makhluk halus jahat dalam ritual tertentu. Ini kerana, kebanyakan pesakit yang
mendapatkan rawatan pengubatan tradisional Melayu sembuh penyakit gangguan makhluk
halus yang ditanggung oleh mereka. Makalah ini turut meninjau penggunaan keris dalam
rawatan penyembuhan penyakit dari pandangan agama Islam. Justeru itu, makalah ini adalah
diperolehi berdasarkan kajian lapangan iaitu pemerhatian, temu bual bersama pengamal
pengubatan tradisional dan dilengkapkan lagi dengan kajian kepustakaan. Oleh itu,
pendokumentasian semula pengkajian ini dapat menambahkan lagi sumber khazanah ilmiah
untuk rujukan generasi akan datang.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 175 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|