View Article |
Mukhalafatuhu li al-hawadith menurut perspektif shurrah matan jawharah al-tawhid
Muhammad Nasri Hassan Basri1, Mohd Hasrul Shuhari2, Engku Ibrahim Engku Wok Zin3.
Makalah ini membahaskan berkenaan salah satu sifat wajib bagi Allah SWT iaitu mukhalafatuhu li al-hawadith menurut shurrah matan Jawharah al-Tawhid. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan menerusi matan Jawharah al-Tawhid berdasarkan pandangan al-Imam Ibrahim bin Hasan al-Laqani dan para ulama lain yang telah mensyarahkan matan ini menerusi kitab-kitab syarah mereka. Aspek perbicangan akan berfokus kepada metode syarahan para ulama dalam menghuraikan bait matan ini khusus pada perbahasan sifat tersebut. Para ulama yang telah mensyarahkan matan ini berusaha menzahirkan maksud sebenar perbahasan sifat tersebut agar selari dengan kefahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Hasilnya, umat Islam dapat memahami bahawa terdapat jurang perbezaan yang sangat ketara antara Allah SWT dengan makhluk-Nya sehingga tidak mampu untuk diserupakan walau dalam sesetengah aspek sekalipun. Setiap ulama turut bersepakat bahawa Allah SWT adalah bersalahan dengan al-hawadith dalam segenap aspek.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 119 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|