View Article |
Storytelling as a peace education in interfaith dialogue: an experience among selected university students
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali1, Nur Farhana Abdul Rahman2, Nurhanisah Senin3, Sri Rahayu Haji Dollah4.
Kajian ini bertujuan meneroka ‘penceritaan’ sebagai medium untuk transformasi pengajaran dan pembelajaran dialog antara agama dalam kalangan mahasiswa universiti . Merujuk kepada cara mereka dibesarkan dan persekitarannya, para pelajar tidak mempunyai peluang untuk mengetahui lebih luas berkaitan agama dan budaya lain terutama yang hanya tinggal dalam kalangan etnik mereka semata. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menggalakkan dialog antara agama dan memupuk keamanan dan keharmonian antara pelajar-pelajar Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Jabatan Akidah dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Seminari Teologi Malaysia. Melalui sesi perbualan secara berkumpulan, bengkel dan pengalaman secara lapangan bersama para pelajar, kajian ini menunjukkan bahawa ‘pendidikan damai’ (pendidikan berprinsipkan kedamaian dan keamanan) melalui ‘penceritaan’ boleh digunakan sebagai medium kepada naratif kebenaran, yang bertujuan untuk memulihkan hubungan peribadi, penyembuhan kepada pengalaman traumatik dan mempromosikan kewujudan bersama (ta’ayush). Kaedah atau model ini boleh memupuk dialog antara agama. Selanjutnya ia dapat menyumbang kepada pembangunan budaya damai, iaitu budaya ‘penceritaan’ dengan individu daripada ‘kumpulan yang lain’ dan dapat ditafsirkan sebagai keinginan untuk melantunkan suara dan perasaan ‘yang tidak pernah untuk didengari’ sebelum ini agar ianya dapat dikongsi bersama dengan yang lain. Proses ini menyumbang kepada menghasilkan potensi para peserta agar memahami kepentingan kewujudan bersama secara harmoni dan aman-damai. Sehubungan itu, ‘penceritaan keharmonian dan keamanan’ dilihat sebagai mekanisma untuk memahami ‘yang lain’. Kajian ini juga mencadangkan pentingnya mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk memupuk dialog antara agama, memperluaskan format dialog antara agama dan meningkatkan lagi kajian agama melalui pendidikan dan praktikal.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- International Islamic University Malaysia, Malaysia
- Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 123 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|