View Article |
The essentiality of considering the Kantian theory of autonomy by Islamic education
Toosi, Javad Fakhkhar1, Asyraf Isyraqi Jamil2, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff3.
Makalah ini mencari penyelesaian terhadap salah satu masalah dalam pendidikan Islam iaitu keperluannya memberi perhatian kepada Teori Autonomi Kant atau kebebasan moral. Merujuk kepada pandangan para ilmuan, autonomi merupakan simbol pendidikan moden, dan makalah ini bertujuan membincangkan justifikasi perhatian pendidikan Islam terhadap teori tersebut. Kaedah teoretikal dan kajian kualitatif digunakan dalam kajian ini, serta literatur utama berkaitan autonomi dalam pendidikan akan turut diberi perhatian untuk membantu dalam mencapai objektif kajian. Makalah ini akan membuktikan bahawa pendidikan Islam mesti mempertimbangkan kedudukan Teori Autonomi Kant dan mengambil pendirian sama ada ingin menerimanya atau tidak, iaitu dari sudut pandang ilmuan Islam. Pencapaian yang dapat dibuktikan menerusi makalah ini ialah pengesahan bahawa rasional dan kebebasan merupakan dua tonggak utama dalam pendidikan moden, dan pendidikan Islam perlu memberikan ulasan terhadap kedua-duanya. Dari sudut yang lain, Teori Autonomi Kant memperkenalkan tahap tertinggi dalam rasional dan kebebasan yang mampu mengabaikan teori-teori pendidikan yang menyokong tahap yang rendah bagi kedua-dua aspek tersebut jika Teori Autonomi Kant diterima. Justeru, pendidikan Islam perlu memberikan pandangan tersendiri terhadap rasional dan kebebasan yang telah dibincangkan dalam teori sedia ada. Pencapaian lain yang diperolehi menerusi kajian ini ialah pembuktian bahawa penerimaan atau penolakan teori autonomi akan memberi kesan terhadap tujuan dan kaedah dalam pendidikan moral. Oleh itu, pendidikan Islam perlu menjalankan penelitian terhadap teori autonomi ini dan menetapkan pendiriannya terhadap teori tersebut. Makalah ini juga mencadangkan agar lebih perhatian perlu diberikan terhadap perbincangan tentang teori autonomi dari perspektif Islam.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 131 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|