View Article |
Dimensi ketuhanan falsafah Mashā’iyyah: suatu pengamatan konseptual
Azmil Zainal Abidin1.
Artikel ini mengamati dimensi ketuhanan falsafah Mashā’iyyah (Peripatetik) yang merujuk kepada idea al-Kindī, al-Fārābī, Ibn Sīnā dan Ibn Rushd. Wacana tersebut dilatari oleh interaksi Mashā’iyyah terhadap tradisi metafizik Aristotle yang berteraskan konsep `illah sebagai asas keterangan bagi hakikat kewujudan. Secara kritis, usaha pemurnian tradisi falsafah asing ini dijayakan melalui gagasan pengharmonian agama dan falsafah (al-tawfīq bayn al-dīn wa al-falsafah). Artikel ini menyorot latar idea metafizik Aristotle, gagasan pengharmonian Mashā’iyyah dan kaitannya dengan pembentukan konsep ketuhanan Mashā’iyyah. Kajian mendapati bahawa di sebalik usaha Mashā’iyyah yang amat identik dengan aspirasi tauhid, ironisnya proses pemurnian tersebut masih dibayangi oleh dimensi metafizik Aristotle dalam mengkonsepsikan watak ketuhanan Allah SWT.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 124 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2020) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.1) |
Rank |
Q3 (Religious Studies) Q3 (Philosophy) |
Additional Information |
SJR (0.154) |
|
|
|