Pengaruh sistem pengukuran prestasi ke atas prestasi pengurusan koperasi di Malaysia
Mohd Shahron Anuar Said1, Sharul Effendy Janudin2.
Sistem pengukuran prestasi merupakan alat kawalan pengurusan yang berupaya
menyelaras objektif dan matlamat strategik koperasi. Kertas ini membincangkan
kesan sistem pengukuran prestasi ke atas prestasi pengurusan koperasi. Sistem
pengukuran prestasi era baharu mempunyai elemen komprehensif, strategik,
dinamik dan kontemporari yang perlu disesuaikan dengan persekitaran semasa
sesebuah organisasi. Kelemahan dalam amalan tadbir urus koperasi dan kurangnya
bilangan koperasi berjaya di Malaysia menjadikan kertas ini sesuai untuk
dibincangkan terutama kepentingan amalan sistem pengukuran prestasi. Tinjauan
literatur menunjukkan sistem pengukuran prestasi boleh mempengaruhi ciri-ciri
dalaman pengurusan seperti kognisi dan motivasi pengurus yang seterusnya boleh
mempengaruhi prestasi pengurusan. Pemantapan sumber modal insan seperti
pengurusan koperasi boleh memberi kesan kepada kesinambungan prestasi koperasi
secara agregat.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 112 time(s))