Strategi berekod berterus terang dalam kritikan
Indirawati Zahid1.
Strategi berterus-terang ialah strategi yang tidak taksa. Ujaran kritikan lazimnya mengaplikasikan strategi ini. Sehubungan itu analisis ujaran kritikan juri telah dilakukan dengan dua objektif, iaitu mengklasifikasikan strategi berterus terang; dan membincangkan hubungan strategi dan air muka. Antara metod yang diaplikasi ialah muat turun dan analisis teks. Dapatan analisis memperlihatkan kritikan juri dibahagikan kepada dua, iaitu dengan fakta umum dan spesifik. Fakta umum dirujuk sebagai situasi tanpa gangguan semantik manakala sebaliknya fakta spesifik. Penggunaan strategi ini didapati tidak menjejaskan air muka kerana faktor jarak, kuasa dan pemeringkatan budaya dalam konteks kritikan. Ringkasnya, masyarakat perlu memahami peranan dan tanggung jawab juri semasa melakukan kritikan.
Affiliation:
- University of Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 116 time(s))