Penggunaan kiasan dalam plot konflik filem: Satu analisis pragmatik
Aminnudin Saimon1, Zaitul Azma Zainon Hamzah2.
Bahasa kiasan merupakan satu bentuk bahasa yang diungkapkan bagi mengindahkan sesuatu perkara yang kurang elok atau mempunyai niat yang tidak elok. Pengungkapan bahasa kiasan dalam konflik ini mempunyai pelbagai tujuan, antaranya mengungkapkan ketidakpuasan hati, kekecewaan dan perkelahian. Sehubungan itu, tulisan ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan bahasa kiasan dalam plot konflik menggunakan pendekatan pragmatik. Data diperoleh menerusi filem Melayu yang dilakonkan oleh Nordin Ahmad, iaitu Lanchang Kuning, Semerah Padi, Hang Jebat dan Seri Mersing. Hasil kajian mendapati bahasa kiasan banyak diungkapkan dalam plot konflik bagi menyatakan kekecewaan, perkelahian dan ketidakpuasan hati. Kajian ini juga membuktikan bahawa pengungkapan bahasa kiasan dapat difahami oleh komunikator berdasarkan pendekatan teori pragmatik. Kesimpulannya, penelitian terhadap bahasa dalam filem telah dapat menyerlahkan keperibadian, akal budi positif atau negatif dan kekreatifan masyarakat Melayu dalam menyampaikan sesuatu perkara dalam suasana konflik.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 135 time(s))