Penilaian formatif bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing di Thailand
Yamirudeng, Kusom1, Zulkifli Osman2.
Kajian ini bertujuan melaporkan proses penilaian formatif bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Thailand berdasarkan model penilaian formatif Tessmer. Kajian ini melibatkan tiga tahap penilaian, iaitu penilaian pakar, maklum balas daripada pensyarah dan pelajar, kumpulan kecil atau rintis, dan kajian lapangan. Tiga pihak terlibat sebagai responden dalam kajian ini, iaitu pakar bidang, pensyarah, dan pelajar. Borang penilaian bahan, komen bersemuka, dokumen pelajar dan bahan yang dibangunkan digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan penilaian pakar, pensyarah dan pelajar menunjukkan bahawa bahan ini perlu disesuaikan dan diperbaiki khususnya dari aspek kandungan, bahan pengajaran dan pedagogi. Dapatan penilaian kumpulan kecil pula mendapati bahawa aspek kandungan, bahan pengajaran, motivasi, pedagogi, kemahiran bahasa dan penilaian sesuai dengan kemampuan pelajar. Dalam penilaian lapangan pula, didapati bahawa aspek penggunaan bahasa, kandungan, ilustrasi, bahasa dan aktiviti yang terdapat dalam bahan pengajaran dan pembelajaran ini dapat memberi kesan yang baik terhadap pelajar. Implikasi kajian menunjukkan bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa yang dibangunkan perlu mengambil kira pandangan pelajar khususnya dari aspek kandungan, bahan pengajaran dan pedagogi.
Affiliation:
- Thaksin University, Thailand
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 120 time(s))