Buku kanak-kanak: analisis unsur estetika
Kaithiri Arumugam1, Rohaya Md Ali2.
Buku kanak-kanak sentiasa mendapat tempat dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Hal ini demikian kerana, buku kanak-kanak mempunyai unsur keindahan atau estetika yang menyumbang kepada aspek berbahasa dalam kalangan pembaca. Namun demikian, buku-buku terbitan penerbit di Malaysia sebagai bahan bacaan untuk mengasah minat membaca dan mendapat keseronokan dalam kalangan kanak-kanak masih belum setanding dengan buku yang diterbitkan oleh penerbit dari luar negara (Alimah Salam, 2010:39). Oleh itu, tujuan kertas kerja ini adalah untuk membicarakan persoalan estetika dalam buku kanak-kanak di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur-unsur estetika dalam buku kanak-kanak dan menganalisis unsur-unsur estetika dalam buku kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan meneliti sembilan buah buku kanak-kanak berdasarkan pendekatan estetika yang dikemukakan oleh Maria Nikolajeva (2005). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua unsur estetika dalam buku kanak-kanak iaitu, estetika genre dan estetika bahasa.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 119 time(s))