Unsur Sains dan Sastera dalam novel remaja terpilih
Rosnani Md Zain1, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi2.
Kertas kerja ini membicarakan unsur sains dan sastera yang terdapat dalam novel remaja terpilih. Kajian yang dilakukan ini bertitik tolak daripada pengamatan pengkaji berdasarkan pandangan sarjana sastera yang mengatakan novel-novel remaja berunsur sains sering dianggap tidak mengetengahkan fakta sains dan mengabaikan nilai sastera seperti yang digambarkan melalui dialog, watak-watak dan peristiwa dalam novel tersebut. Kajian ini akan mengklasifikasi, menganalisis dan merumus unsur sains dan sastera yang diungkapkan oleh pengarang dalam setiap karya yang dihasilkan.Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan ialah kualitatif iaitu, kepustakaan, analisis teks dan penerapan teori Sistem Pemikiran Bersepadu (SPB4K). Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa unsur sains antaranya sains gunaan dan sains zoologi manakala unsur sastera seperti nilai-nilai murni, pemikiran, emosi dan gaya bahasa amat relevan dengan empat prinsip yang terdapat dalam teori Sistem Pemikiran Bersepadu (SPB4K) iaitu Pemikiran Kerohanian, Pemikiran Kebitaraan, Pemikiran Kesaintifikan dan Pemikiran Kekreatifan.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 118 time(s))