Strategi penerapan kemahiran abad ke-21 dalam latihan guru prasekolah
Syed Lamsah Syed Chear1, Melor Md Yunus2.
Masyarakat dunia semakin terkesan dengan impak Revolusi Industri 4.0, dan pendidikan tinggi dijadikan sandaran untuk memperlengkapkan pengetahuan, kemahiran dan personaliti graduan. Artikel ini membincangkan secara konseptual amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam program prasekolah di universiti swasta. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah mempermudah dan menjadikan aktiviti PdP bertambah menarik. Namun, perlu disedari TMK adalah sebagai platform berbanding objektif akhir untuk menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan graduan. Strategi PdP yang dilaksanakan memfokus kepada objektif untuk memperluas skop kerjaya melalui pendekatan pengajaran terbalik, atas talian, kolaborasi dan koperatif, terbuka dan merentasi kurikulum serta penilaian holistik yang bertujuan melahirkan graduan yang peka kepada sekeliling, cerdas sosial, bijak berfikir, kemahiran silang budaya, celik huruf kepada media baru, terbuka minda, dan berupaya mengurus pengetahuan dan kerjasama maya. Penerapan kemahiran abad ke-21 kepada guru pelatih melalui pelbagai strategi PdP dapat mengangkat kerjaya guru prasekolah.
Affiliation:
- Universiti Selangor, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 97 time(s))