Pengaruh fasilinus, pentadbir sekolah dan guru LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu
Abdul Said Ambotang1, Hariana A. Ahong2, Connie Shin3.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh pegawai fasilitator LINUS, kepimpinan pentadbir sekolah dan sumbangan guru LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk kaedah tinjauan yang melibatkan 52 buah sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu dan sampel kajian dikira berdasarkan rumus Cochran. Minimum sampel yang diperlukan ialah 264 orang, tetapi kajian ini telah mengambil 350 orang guru sebagai sampel kajian untuk memastikan ketepatan data. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dihasilkan sendiri oleh pengkaji dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis regresi berganda. Dapatan kajian analisis inferensi mendapati terdapat pengaruh yang sangat kuat antara ketiga-tiga pemboleh ubah bebas iaitu peranan fasiLINUS, sokongan pentadbir dan sumbangan guru terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu pelaksanaan program LINUS. Pelaksanaan program ini perlu melibatkan banyak pihak secara umumnya dan melibatkan sekolah khasnya. Penguasaan kemahiran asas pada peringkat awal ini dapat membantu murid menguasai kemahiran pada tahap yang lebih tinggi.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 78 time(s))