Pengetahuan, sikap dan persepsi masyarakat tentang kanak-kanak autism spectrum disorder (ASD)
Zainoriza Zainun1, Abdul Halim Masnan2, Ahmad Zulfadli Ahmad Bakri3, Asiah@Nursyahira Jupari @ Jupry4, Siti Aishah Aspani5, Nurul Aini Hassan6, Zalizah Zawawi7.
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengetahuan, sikap dan persepsi masyarakat terhadap kanak-kanak Autism Spectrum Disorder (ASD). Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Kajian ini melibatkan seramai 100 orang responden yang terdiri daripada guru, ibu bapa dan penjaga. Data bagi kajian ini telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan, sikap dan persepsi masyarakat tentang kanak-kanak ASD adalah tinggi. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan pengetahuan, sikap, dan persepsi masyarakat tentang kanak-kanak ASD mengikut jantina. Pengkaji juga mendapati pengetahuan dan persepsi masyarakat tentang kanak-kanak ASD adalah berbeza mengikut tahap pendidikan, manakala sikap masyarakat tentang kanak-kanak ASD adalah tidak berbeza mengikut tahap pendidikan. Selain itu, dapatan menunjukkan terdapat hubungan kolerasi positif yang sederhana antara pengetahuan dengan sikap dan persepsi masyarakat tentang kanak-kanak ASD. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan dalam memberikan input kepada para pengkaji dan pihak berkenaan bagi memastikan kanak-kanak ASD ini diterima oleh masyarakat dengan baik.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 86 time(s))