Persepsi guru prasekolah kebangsaan terhadap program pembangunan profesional guru
Zuriani Hanim Zaini1, Mahaliza Mansor2.
PPPM 2013-2025 telah digubal bagi memastikan keberkesanan transformasi sistem pendidikan dan bermatlamat untuk meningkatkan kualiti dan sokongan guru serta pemimpin dalam organisasi pendidikan. Pembangunan profesionalisme secara umumnya merupakan satu usaha untuk memberikan pengalaman secara formal seperti menghadiri bengkel dan latihan yang khusus untuk meningkatkan kompetensi guru. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru prasekolah terhadap tahap perancangan aktiviti pembangunan profesional guru yang telah mereka jalani. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai intrumen kajian bagi mendapatkan persepsi guru prasekolah terhadap program pembangunan profesional. Kajian ini melibatkan seramai 260 orang sampel yang terdiri daripada guru prasekolah kebangsaan di Perak. Dapatan kajian menunjukkan persepi guru prasekolah terhadap program pembangunan profesional guru berada pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan program pembangunan profesional guru yang dilaksanakan mendapat persepsi yang baik daripada guru prasekolah.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 77 time(s))