View Article |
Ketahanan diri akademik dalam kalangan murid daripada ibu bapa bercerai
Kasim, M1, Ahmad, N.S2.
Tujuan – Kajian ini dilakukan untuk menentukan pengaruh
faktor pelindung dan kekuatan dalaman terhadap ketahanan diri
akademik dalam kalangan murid dari ibu bapa bercerai. Kajian
ini juga bertujuan untuk mengenal pasti dimensi faktor pelindung
dan kekuatan dalaman yang menjadi peramal yang berkesan bagi
menentukan ketahanan diri akademik murid dari latar belakang ibu
bapa yang bercerai.
Metodologi – Kaedah penyelidikan gabungan (mixed-methods)
antara kuantitatif dan kualitatif digunakan melalui pengumpulan
data secara soal selidik dan temu bual ke atas murid tingkatan empat
dari sekolah-sekolah yang terpilih di Kedah. Responden bagi soal
selidik untuk kaedah kuantitatif terdiri daripada 46 orang murid
tingkatan empat dari 19 buah sekolah di Kedah yang telah dikenal
pasti sebagai murid dari keluarga yang ibubapa bercerai. Seterusnya
untuk kaedah kualitatif pula seramai lima orang murid telah dipilih
secara persampelan bertujuan mengikut keperluan kajian untuk ditemu bual berdasarkan status perkahwinan ibu bapa (bercerai).
Kaedah triangulation digunakan untuk melihat kesepadanan antara
data kuantitatif dan kualitatif agar dapatan kajian adalah lebih
komprehensif.
Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan tahap faktor pelindung,
kekuatan dalaman dan ketahanan diri murid adalah tinggi. Hasil temu
bual menunjukkan faktor pelindung memainkan peranan yang lebih
bagi meningkatkan ketahanan diri berbanding kekuatan dalaman.
Semua murid yang ditemu bual mempunyai hubungan yang rapat
dan menghargai perhubungan erat sama ada dalam kalangan adik
beradik, kawan-kawan ataupun guru di sekolah.
Signifikan – Hasil kajian membuktikan terdapat keperluan kritikal
terutamanya bagi guru untuk memahami faktor-faktor pelindung yang
mampu meningkatkan tumpuan murid semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung serta ketahanan diri murid secara
keseluruhannya dalam bidang akademik. Gabungan dapatan secara
kuantitatif dan kualitatif telah menyediakan maklumat yang boleh
digunapakai oleh guru-guru sebagai garis panduan dalam mengenal
pasti langkah-langkah awal yang perlu diambil untuk menangani
kesediaan murid untuk belajar jika berlaku perceraian.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 103 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (2) |
Rank |
Q1 (Cultural Studies) Q2 (Education) Q3¬¬¬ (Psychology (all)) |
Additional Information |
SJR (0.385) |
|
|
|