View Article |
Barakah dalam konteks negara zikir ke arah Baldah Tayyibah Wa Rabb Ghafur
Masuriyati H.Yahya1.
Negara Zikir merupakan satu imej dan refleksi jelas bagi sebuah negara yang menjunjung tinggi ajaran ugama Islam sebagai panutan bersendikan al-Quran dan al-Sunnah serta berpegang teguh dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi‟ie di mana budaya amalan zikir bukanlah sesuatu yang baru tetapi sudah lama dipraktikkan dan sebati dalam jiwa masyarakat Islam Negara Zikir. Bahkan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati negara serta kesejahteraan dan ketenteraman jiwa yang dikecapi masyarakat Negara Zikir merupakan satu barakah nikmat kurniaan Allah SWT dengan kekuasaan mutlak serta Rahmat Allah jua yang dihubungkan oleh zikir dalam keadaan sentiasa menyebut dan mengingat-Nya. Justeru, kertas kerja ini secara umumnya membahaskan konsep barakah dan konsep Negara Zikir dalam ruang lingkup kerohanian serta kepentingan mengekalkan barakah dalam konteks Negara Zikir. Metod kajian adalah kajian perpustakaan yang menyorot pembahasan konsep barakah dan konsep Negara Zikir. Hasil kajian ini menuntut kefahaman yang jelas dan penghayatan yang tinggi merangkumi entiti jiwa dalaman demi untuk mengekalkan barakah ke arah Baldah Tayyibah Wa Rabb Ghafur (negara yang baik, aman dan makmur, dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun).
Affiliation:
- Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 118 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|