View Article |
Penentuan tahap logam berat, hafazan al-Quran dan kecerdasan (IQ) dalam kalangan pelajar tahfiz di Selangor
Ahmad Rohi Ghazali1, Ismarulyusda Ishak2, Farah Wahida Ibrahim3, Nor Malia Abd Warif4, Mohd Jamil Mohd Rafaai5, Faisal Ariffin6, Asmariah Ahmad7, Tava Shelan Nagapan8, Abdussalam Mohamad9, Dzalani Harun10, Normah Che Din11.
Sekolah tahfiz merupakan institusi yang mengkhususkan pendidikan kepada pelajar yang boleh menghafaz serta mengingati keseluruhan al-Quran. Aktiviti menghafaz al-Quran dengan teknik pengucapan berulang kali akan membantu meningkatkan keupayaan otak untuk memproses, mengingati maklumat dan membina memori. Kehadiran logam berat akan memberi kesan kepada sistem saraf serta mengganggu fungsi sistem saraf pusat dan periferi di mana akan seterusnya menyebabkan berlakunya kecelaan fungsi mental dan kognitif. Keupayaan untuk belajar, mengingati atau menghafaz, penggunaan bahasa dan untuk memahami sesuatu akan terganggu serta mengurangkan IQ dan perhatian. Kajian keratan rentas telah dilakukan bagi mengukur dan mengenal pasti hubungan di antara tahap logam berat, hafazan al-Quran dan tahap kecerdasan (IQ) dalam kalangan pelajar di sekolah tahfiz berbanding sekolah bukan tahfiz terpilih di Selangor. Kepekatan logam berat ditentukan melalui analisa sampel kuku dan rambut pelajar dengan menggunakan Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (ICP-MS). Ujian kecerdasan Wechsler Adult Intelligence Scale Edisi Kedua (WASI-II) digunakan untuk mengukur IQ pelajar. Borang soal selidik yang digunakan untuk mengumpulkan data demografik dianalisa menggunakan SPSS versi 23.0. Berdasarkan ujian korelasi Pearson yang dilakukan, terdapat korelasi negatif yang sangat lemah tetapi signifikan antara logam mangan dalam sampel rambut dengan tahap hafazan al-Quran (r = -0.178, p = 0.017). Selain itu, terdapat korelasi positif yang lemah tetapi signifikan antara IQ dengan tahap hafazan al-Quran (r = 0.375, p = < 0.001). Kesimpulannya, semakin tinggi kepekatan logam mangan akan menyebabkan penurunan tahap hafazan al-Quran serta apabila semakin tinggi tahap hafazan al-Quran akan menyebabkan tahap kecerdasan (IQ) juga semakin meningkat.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|