View Article |
Memahami sains Islam melalui pembentukan kerangka ilmu dalam epistemologi Islam
Mohd Radhi Ibrahim1.
Perkataan sains seringkali difahami meliputi subjek seperti fizik, kimia, dan biologi. Manakala jurusan sains pula maka bidang yang dikaitkan adalah seperti perubatan, pergigian dan kejuruteraan. Sementara itu apabila disebut ilmu Islam maka tergambar subjek seperti tafsir, hadith, fiqh, akidah dan seumpamanya. Namun apabila perkataan Sains Islam disebut ia menimbulkan jawapan yang agak berbeza. Ini kerana ia berkait rapat dengan konteks perkataan tersebut digunakan dan juga latar belakang pengkaji yang membincangkan perkataan tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneliti maksud sains Islam dalam konteks epistemologi serta kerangka ilmu Islam dalam melaksanakan konsep integrasi ilmu naqli dan aqli di Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil kajian ini diharap dapat memberikan kefahaman jelas berkenaan sains Islam dalam pembinaan kerangka ilmu Islam bagi mencapai objektif integrasi ilmu naqli dan aqli yang digarapkan.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 149 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|