View Article |
Kesan penambahan kepingan nanozarah grafin terhadap sifat mekanik dan terma hibrid komposit serabut sansevieria-getah asli-polietilena berketumpatan tinggi
Nurzam Ezdiani Zakaria1, Ishak Ahmad2, Wan Nazri Wan Busu3, Khairunnizah Hazila Khalid4, Azizah Baharum5.
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan penghibridan kepingan nanozarah grafin (GNP) ke atas sifat mekanik, morfologi dan terma komposit Sansevieria trifasciata-getah asli-polietilena ketumpatan tinggi (STF-NR-HDPE). Pemprosesan penghibridan komposit STF-NR-HDPE dan GNP dilakukan dengan menggunakan mesin pengadun dalaman. Tahap pengisian sebanyak 20% bt. STF ke atas matriks (NR/HDPE) telah dilakukan dalam kajian ini dengan variasi GNP yang digunakan adalah antara 1-10% bt. Adunan komposit yang terhasil ditekan dengan mesin penekan panas untuk mendapatkan sampel ujian berketebalan 1 mm dan 3 mm. Sampel dinilai melalui ujian tegangan, ujian hentaman Izod, pembelauan sinar-X (XRD) dan kalorimetri pengimbasan berbeza (DSC). Kajian morfologi pula dijalankan dengan menggunakan mikroskop elektron pengimbas pelepasan medan (FESEM). Keputusan menunjukkan bahawa nilai kekuatan regangan dan kekuatan hentaman komposit menunjukkan sedikit penurunan bacaan pada permulaan penambahan amaun GNP tetapi bacaan kebanyakan komposisi kemudiannya menunjukkan peningkatan selepas 5% bt. tahap pengisian dan ke atas. Modulus tegangan pula secara umumnya menunjukkan peningkatan bacaan dengan penambahan pengisi. Analisis terma dengan menggunakan alat DSC tidak menunjukkan perubahan aliran graf yang ketara terhadap kelakuan terma bahan. Ini kerana STF adalah bahan yang mempunyai kestabilan terma yang baik.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|