Pironok: mantera pemimpin Dusun Kimaragang
Ain Apainah Yuni1, Asmiaty Amat2.
Ilmu pironok kini dilupakan oleh pemimpin baharu suku kaum Dusun Kimaragang akibat kehidupan berpendidikan dan beragama. Sedikit demi sedikit mantera kearifan tradisi ini ditinggalkan, menyebabkan ujaran yang dipercayai mempunyai kuasa magis ini tidak dipelihara untuk pemahaman generasi muda. Kajian ini memberi perhatian pada makna dan fungsi pironok dalam kalangan masyarakat Dusun di Kota Marudu dan Kudat, Sabah. Pengumpulan data yang menggunakan pedoman wawancara dan perakaman dimanipulasikan dengan bantuan informan. Hasil kajian menunjukkan pironok mempunyai tujuh fungsi. Ilmu pironok membantu memberikan keyakinan dalaman kepada pemimpin, menyemai taat setia rakyat kepada pemimpin, mendamaikan pertelingkahan, membantu melicinkan tugasan kepimpinan, sebagai kaedah dan sistem perancangan keamanan, mengajar ahli-ahli untuk saling menghormati dan menyemai sikap saling menyayangi sesama ahli masyarakat. Hasil kajian ini juga memberi maklumat tentang peranan ilmu pironok dalam sistem sosial masyarakat Dusun tradisional. Pironok membantu membangunkan ketamadunan tradisional masyarakat Dusun dengan cara melicinkan tugasan harian insan dalam memimpin ahli kumpulannya. Positif atau negatifnya pironok bergantung kepada keyakinan dan keimanan secara individu. Ahli masyarakat sepatutnya mampu menyikap mantera secara bijak. Pada masa yang sama, mereka berkewajipan menjaga kerukunan beragama dan bermasyarakat agar pengamal dan bukan pengamal mantera dapat hidup berdampingan, selaras dan harmonis.
Affiliation:
- Institut Perguruan Gaya, Kota Kinabalu Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 145 time(s))