Analisis gerak dan peranan wanita dalam ritual Boris, etnik Bidayuh
Ratna Fazlinda Jelly1, Zairul Anuar Md. Dawam2.
Artikel ini membincangkan gerak dan makna dalam ritual boris yang diamalkan oleh etnik Bidayuh di Sarawak, termasuk hubung kait peranan wanita yang diangkat sebagai Dayung Boris bagi memenuhi keperluan cara hidup dan kepercayaan masyarakat etnik Bidayuh. Kaedah Laban Movement Analysis (LMA) telah digunakan bagi menganalisis inti gerak yang dilakukan dalam ritual boris tersebut. Di samping itu, teori fungsionalisme dijadikan asas untuk merungkai peranan wanita sebagai Dayung Boris. Analisis yang dilakukan juga akan mendokumentasikan prosedur dan tatacara ritual dalam upacara tersebut. Artikel ini dapat memberi pemahaman tentang gerak dan makna dalam ritual boris serta menerangkan kepentingan peranan wanita dalam masyarakat Bidayuh di Sarawak.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 142 time(s))