Tinjauan terhadap pendekataan apresiasi dan kritikan seni dalam memahami karya seni rupa
Rosiah Md Noor1, Mohd Zahuri Khairani2.
Karya seni rupa atau seni halus mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam kehidupan manusia. Ia berupaya menjadikan kehidupan lebih sempurna sekiranya interaksi dan komunikasi antara seniman dan audiens terlaksana. Namun demikian, karya seni rupa adalah unik dan tidak mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat. Menerusi apresiasi dan kritikan karya seni, kefahaman dan keprihatinan terhadap sesuatu hasil karya dapat dipertingkatkan dengan lebih tepat. Terdapat beberapa pendekataan, kaedah dan model apresiasi dan kritikan seni rupa yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut yang menjadi fokus perbincangan dalam penulisan ini. Kaedah tinjauan literatur digunakan untuk mengumpul dan menganalisis ciri-ciri dan kelebihan beberapa pendekatan apresiasi dan kritikan seni, khususnya dalam memahami bentuk dan makna sesebuah karya seni rupa. Perbincangan dalam penulisan ini dapat menjelaskan pendekatan yang dikemukakan dan diharap dapat memberi manfaat dalam menambahkan golongan celik seni serta mengurangkan jurang antara seniman dan audiennya.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 160 time(s))