View Article |
Seni Majaz dalam Bahasa Melayu: analisis berdasarkan ilmu balaghah Arab
Gamal Abd Nasir Zakaria1, Abu Hassan Abdul2, Mohd Zaki Abd Rahman3, Wahibah Twahir @ H.Tahir4.
Makalah ini bertujuan membincangkan seni majaz dalam bahasa Melayu berdasarkan kerangka ilmu balaghah Arab. Perbincangan ini penting kerana sehingga kini konsep, kategori dan bentuk majaz dalam bahasa Melayu belum tersusun dalam suatu kesatuan ilmu yang jelas dan sistematik khususnya dalam pengajian ilmu retorik. Perkembangan semasa menunjukkan bidang retorik semakin tersisih dalam pengajian linguistik dan kesusasteraan Melayu disebabkan kurangnya inovasi untuk merekayasa disiplin ini agar lebih menampakkan kedinamikan dan kerelevanannya dengan pandangan alam dan budaya Melayu yang tulen. Kajian berbentuk kualitatif dan kontrastif ini menggunakan data seni majaz dari sumber al-Quran dan melihat persamaannya dalam komunikasi penutur Melayu di media massa dan perbualan harian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat banyak persamaan berbanding perbezaan antara seni majaz dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Dapatan ini sekaligus membuktikan potensi besar majaz berdasarkan tradisi Arab ini diperkasakan dalam sistem retorik Melayu sebagai pembaharuan terhadap retorik tradisi Barat. Keberhasilan meletakkan seni majaz sebagai sebahagian daripada ciri dalam sistem retorik Melayu diharap akan menjadi titik tolak kepada penerokaan ciri-ciri lain dalam disiplin ini supaya nanti akan terhasil satu disipin retorik Melayu versi baharu yang dapat menggambarkan falsafah keindahan bahasa Melayu yang sebenarnya.
Affiliation:
- Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education, Brunei
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 107 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|