Deskripsi peranan dua ikon membentuk keperibadian dan hala tuju kehidupan Arena Wati dalam teks `Enda Gulingku`
Mardiah Mawar Kembaren1, Abdul Halim Ali2.
Kajian ini bertujuan mendeskripsi peranan dua ikon dalam menentukan hala tuju kehidupan Arena Wati dalam teks memoir berjudul `Enda Gulingku` (1991). Analisis ini adalah sebuah kajian kepustakaan. Data dari sumber utama dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan dideskripsikan menggunakan kaedah analisis deskriptif bersandar kepada konsep tanda ikon dalam teori Semiotik Charles Sander Pierce. Dua ikon yang dikenal pasti dalam kajian ini ialah Abd Biang (ayah kepada Arena Wati) dan Halimah (isteri kepada Arena Wati). Hasil analisis dapat menunjukkan bahawa peranan dua ikon ini mempengaruhi dan membentuk sikap dan haluan kehidupan Arena Wati selama 61 tahun. Pengaruh hubungan kekeluargaan dan keyakinan diri adalah dua unsur ikonik atau kemiripan yang kuat mempengaruhi pembentukan sikap dan hala tujuan kehidupan Arena Wati. Analisis ini merumuskan, dua orang watak ini dapat dikatakan sebagai tanda ikonik yang dirujuk langsung pada fizikal diri dan keperibadian Arena Wati sesuai dengan makna dan peranan kemudi dalam teks `Enda Gulingku`.
Affiliation:
- University of Sumatra Utara, Indonesia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 94 time(s))