Keunggulan kepengarangan novel-novel terpilih Anwar Ridhwan
Mohamad Rosmizi Mahamad1, Ghazali Din2, Jehwae, Phaosan3.
Kajian ini bertujuan meneliti keunggulan kepengarangan novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan yang akan dianalisis menggunakan teori Teksdealisme melalui empat prinsip iaitu kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keindividualan. Secara khusus, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kedua-dua novel tersebut yang menjadi kekuatan kepada kepengarangan pengarangnya. Novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan dikarang oleh Anwar Ridhwan yang merupakan tokoh Sasterawan Negara ke-10. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Secara holistiknya, kajian ini mengaplikasikan empat prinsip yang mendukung teori Teksdealisme yang menampilkan keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dan menemukan konsep keunggulan baharu iaitu Citra Keunggulan Insan melalui tiga prinsip utama iaitu prinsip Hijrah, prinsip Jati Diri dan prinsip Insaniah. Kajian ini merumuskan secara keseluruhan dari segala aspek bagi mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan. Akhir sekali, kajian ini memberi implikasi kepada pengkaji atau penyelidik sebagai asas memahami proses kepengarangan selain turut membantu pembaca memilih karya yang benar-benar unggul serta mendorong pengarang mempertingkatkan karya bagi mencapai tahap unggul.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Fatoni, Thailand
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 131 time(s))