Imej arketaip dalam puisi Sabak
Laura Seman1.
Puisi rakyat Iban dikenali sebagai Leka Main dan dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu Leka Main Invokasyen (Invokasi), Leka Main Adat Basa (Adat) dan Leka Main Pemerindang (Hiburan). Puisi sabak tergolong dalam puisi invokasi. Puisi sabak sangat unik dan memiliki pelbagai imej arketaip. Kertas ini fokus kepada imej arketaip yang terdapat dalam teks sabak. Masyarakat Iban khasnya generasi muda kurang jelas tentang maksud setiap perkataan atau imej yang digunakan dalam puisi sabak. Imej arketaip ini dianalisis daripada teks puisi sabak daripada buku Sabak oleh Robert Menua Salleh di samping temu bual bersama responden yang terlibat iaitu tukang sabak. Teori arketaip oleh Carl Jung digunakan dalam kajian ini dengan melihat kepada imej arketaip dalam puisi sabak. Kajian kualitatif digunakan iaitu dengan analisis sebahagian buku Sabak dan temu bual. Hasil dapatan dalam analisis teks sabak dan temu bual mendapati penggunaan objek dalam puisi sabak seperti besi, tabak yang berisi makanan, rama-rama dan sebagainya merujuk kepada imej arketaip yang hanya difahami oleh kelompok masyarakat Iban. Kajian ini diharap dapat membantu generasi muda untuk lebih memahami penggunaan objek tertentu dalam puisi sabak dan membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar sekolah untuk mudah memahami penggunaan imej arketaip dalam puisi sabak.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 113 time(s))