Gambaran kemewahan melalui perlambangan dalam lirik lagu hokkien “Ji Pa Ban”: analisis semantik inkuisitif
Wong, Shia Ho1.
Pemilihan sesuatu ungkapan dalam penulisan lirik lagu memerlukan pemikiran yang tajam daripada penulis kerana fungsi lagu bukanlah semata-mata untuk hiburan tetapi terkandungnya falsafah dan pemikirannya untuk disampaikan kepada pendengar. Kajian ini menghuraikan makna dan akal budi penulis melalui unsur perlambangan yang digunakannya dalam lirik lagu “Ji Pa Ban” —百万 (Seratus Juta). Dua data yang mengandungi unsur perlambangan tentang kemewahan yang ingin dinikmati oleh penulis jika menjadi jutawan dipilih untuk dianalisis. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif yang diasaskan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan kata-kata tertentu dalam unsur perlambangan dilakukan dengan bijaksana oleh penulis. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan gandingan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna secara mendalam sehingga akal budi penulis terserlah melalui penggunaan bahasanya.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 96 time(s))