Pembelajaran berasaskan permainan dalam mata pelajaran sejarah menggunakan teknik Mnemonik
Nurul Syadiyah binti Khairuddin1, Ramlah Mailok2.
Bagi mewujudkan minat pelajar dalam pembelajaran, pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh guru untuk menjadikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok. Kertas konsep ini membincangkan tentang isu Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP), teknik mnemonik, mata pelajaran Sejarah dan teori-teori yang berkaitan. Antara isu yang diketengahkan adalah impak positif penggunaan PBP dalam pembelajaran dan kelebihan teknik mnemonik dalam mengingat pembelajaran. Kajian literatur menunjukkan PBP dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan dan membantu pelajar lebih bermotivasi dan aktif dalam pembelajaran seperti perbendaharaan kata, Matematik dan hukum Newton. Namun, kajian ke atas PBP bagi mata pelajaran Sejarah adalah kurang. Justeru itu, kertas konsep ini membincangkan tentang kerangka konsep bagi permainan digital yang melibatkan mata pelajaran Sejarah menggunakan teknik mnemonik.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 155 time(s))