“Alangkah baik dengan adanya alat bantu mengajar”: persepsi pelajar terhadap penggunaan fotokit bagi subjek kaunter hadapan
Quah, Wei Boon1, Roseline Kok2.
Artikel ini melaporkan pembangunan "FOTOKIT – Front Office Learning Toolkit," satu alat bantu mengajar yang dibina dengan dua versi (manual dan atas talian dengan menggunakan Google Spreadsheet dan telah ditambahbaik dengan membina sistem tersebut dengan menggunakan laman sesawang yang merangkumi ciri sistem hotel yang mudah bagi memudahkan pelajar belajar dan memahami sistem hotel. Di kolej komuniti, alat bantu mengajar bagi subjek Kaunter Hadapan (Front Office) memang terhad. Dengan adanya FOTOKIT sebagai alat bantu mengajar interaktif, ianya boleh membantu pelajar memahami lebih baik dan memudahkan pelajar membuat praktikal mengenai prosedur penempahan, daftar masuk dan daftar keluar, dan pembayaran bil tetamu. FOTOKIT ini telah digunakan oleh pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi modul Kaunter Hadapan untuk pelajar-pelajar semester 3, Program Sijil Operasi Perhotelan. Hasil dapatan terhadap FOTOKIT ini melalui borang soal selidik, didapati ianya dapat bantu pelajar memahami proses pengajaran dan pembelajaran untuk prosedur penempahan, daftar masuk, daftar keluar dan pembayaran bil tetamu. Setelah menggunakan FOTOKIT ini, pelajar memberi komen bahawa FOTOKIT ini sangat membantu, sangat menarik dan memudahkan pelajar mempelajari, memahami dan melakukan amali prosedur penempahan, daftar masuk dan daftar keluar, dan pembayaran bil tetamu.
Affiliation:
- Kolej Komuniti Sungai Petani, Malaysia
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 152 time(s))