View Article |
Penyahwarnaan efluen kilang minyak kelapa sawit (POME) melalui proses pengoksidaan fenton secara berterusan menggunakan limonit sebagai pemangkin
Nur Fazlinda Razali1, Chin, Hua Chia2, Sarani Zakaria3, Mohd Shaiful Sajab4, Tobe, Tatsuya5, Tsuda , Miku6.
Industri minyak sawit mempunyai impak yang besar ke atas alam sekitar terutama di Malaysia. Efluen kilang minyak sawit (POME) merupakan air buangan yang mengandungi sebatian organik yang berasal daripada bahan boleh urai dan sedia direput oleh mikroorganisma. Teknologi rawatan POME masa kini banyak bertumpu kepada kaedah biologi untuk mengurangkan permintaan oksigen kimia (COD), permintaan oksigen bio-kimia (BOD) dan jumlah karbon organik (TOC). Walau bagaimanapun, kebanyakan proses biologi tidak dapat menguraikan warna yang terdapat dalam POME. Kajian ini mengkaji potensi teknologi pengoksidaan Fenton menggunakan biji limonit sebagai pemangkin kepada hidrogen peroksida untuk merawat POME selepas proses rawatan biologi yang diperoleh daripada kilang minyak kelapa sawit. Keputusan menunjukkan dengan hanya 50 mM H2 O2 boleh menyahwarnakan POME sebanyak 800-1000 PtCo secara berterusan dengan pengekalan masa 1 jam pada pH 3.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Japan Limonite Co.,Ltd, Japan
- Nihon Suido Consultants , Japan
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|