Pengaruh gaya pembelajaran dan kecekapan murid dalam penggunaan e-pembelajaran
Mohd Farid Hassan1, Azniah Ismail2.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya pembelajaran dan kecekapan dalam kalangan murid dalam menggunakan e-pembelajaran di sekolah. Kajian ini berbentuk kaedah tinjauan deskriptif. Bilangan responden untuk kajian ini ialah sebanyak 82 murid tahun lima dari lima buah sekolah yang tepilih dalam kawasan PPD Kubang Pasu, Jitra, Kedah. Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik berskala Likert 5 poin dan di analisis menggunakan aplikasi SPSS Versi 21. Dalam kajian ini, penyelidik akan melihat kekuatan hubungan di antara gaya pembelajaran dan kecekapan murid yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran. Hasil kajian mendapati hubungan gaya pembelajaran murid dengan kecekapan adalah rendah. Begitu juga dengan hubungan bahan pembelajaran dengan kecekapanan murid adalah rendah. Kajian ini diharap dapat menyelesaikan masalah kadar penggunaan e-pembelajaran yang rendah dalam kalangan murid.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 130 time(s))