Pengaruh Kesulitan Ekonomi, Kepuasan Perkahwinan Dan Keagamaan Ke Atas Kebahagiaan
Muhammad Idris Bullare @ Bahari1, Ra’idatun Adilah Nor Zaman2.
Kajian ini bertujuan menguji hubungan antara kesulitan ekonomi, kepuasan perkahwinan dan keagamaan dengan kebahagiaan. Kajian ini melibatkan responden seramai 166 orang yang terdiri daripada 59 orang lelaki dan 107 orang perempuan. Tinjauan kajian dijalankan secara bersemuka dan atas talian. Kajian ini menggunakan analisis korelasi Pearson bagi mengukur hubungan antara kesulitan ekonomi, kepuasan perkahwinan dan keagamaan dengan kebahagiaan dalam kalangan masyarakat di Sabah. Manakala, analisis regresi pelbagai pula bertujuan mengukur pengaruh antara kesulitan ekonomi, kepuasan perkahwinan dan keagamaan terhadap kebahagiaan dalam kalangan masyarakat di Sabah. Hasil kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara kesulitan ekonomi, kepuasan perkahwinan dan keagamaan dengan kebahagiaan. Selain itu, hasil kajian membuktikan bahawa ketiga-tiga pembolehubah bebas boleh menerangkan secara signifikan sebanyak 23.7% daripada varians dalam kebahagiaan. Kajian ini mendapati kebahagiaan merupakan pengaruh yang utama ke atas kepuasan perkahwinan. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 104 time(s))