Pendekatan Psikopendidikan Terhadap Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Fatin Athirah Azman1, Salleh Amat2, Khadijah Hashim3, Tee,Yin Ai4.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pendidikan psiko dalam kaunseling kelompok untuk meningkatkan kemahiran sosial, kemahiran psikomotor dan kesedaran dari aspek pengurusan diri pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif yang menggunakan kaedah fenomenologi dan menjalankan empat kali sesi kaunseling kelompok. Sample kelompok terdiri daripada 13 orang pelajar PPKI. Kesemua pelajar mempunyai perbezaan kecacatan iaitu autisme dan masalah pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan ahli kelompok semakin terbuka dan selesa untuk berinteraksi sepanjang kelompok psikopendidikan dijalankan. Penerapan elemen elemen kaunseling kelompok pendidikan psiko untuk meningkatkan kemahiran interaksi sosial pelajar dilihat berjaya membantu pelajar untuk berani membuat pendedahan kendiri dan berinteraksi. Pelajar juga mampu membuat pendedahan kendiri berkaitan pengurusan diri sekaligus dapat mengetahui tahap kesedaran pengurusan diri bagi setiap pelajar. Perubahan dalam kemahiran psikomotor melalui pendidikan psiko ini memberi implikasi kepada guru PPKI untuk menjalankan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih mudah. Oleh itu, kelompok psikopendidikan ini perlu dijalankan secara berkala untuk mendapatkan hasil yang optimum dan berpanjangan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 128 time(s))