Metodologi Syeikh Muhammad Said Bin Umar dalam Mentafsirkan Ayat Mutashabihat di dalam Kitab Tafsir Nur Al-Ihsan: Satu Kajian Analisa
Rabiah Abdul Rahman1, Kauthar Abd. Kadir2, Abdulloh Salaeh3.
Perkembangan ilmu tafsir di Tanah Melayu bermula sejajar dengan
kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu. Kajian ini memfokuskan
mengenai metodologi Syeikh Muhammad Said Bin Umar dalam mentafsirkan
ayat-ayat Mutashabihat dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Kitab ini dikarang
pada abad ke 19 iaitu pada tahun 1927 Masihi. Beliau adalah pengikut mazhab
Shafie dan mahir dalam Bahasa Arab. Kitab Tafsir Nur al-Ihsan merupakan
salah satu rujukan utama Bahasa Melayu kepada masyarakat di Tanah Melayu
di dalam memahami isi kandungan al-Quran. Proses pengumpulan data bagi
kertas kerja ini menggunakan modul pengajaran dan dokumen-dokumen
berkaitan. Dalam menganalisa data, metod kajian induktif telah digunakan.
Hasil daripada kajian ini didapati bahawa, Syeikh Muhammad Said Bin Umar
mengaplikasikan metodologi tafsir berasaskan tafwidh dan ta’wil dalam
mentafsirkan ayat-ayat mutashabihat.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 129 time(s))