View Article |
Persepsi Pelajar Melayu UNITEN terhadap Pembelajaran Tulisan Jawi di Pelbagai Peringkat Pendidikan di Malaysia
Noraziah Mohd Amin1, Noor Azam Abdul Rahman2.
Shitiq dan Mahmud (2010) mendapati pelajar sekolah rendah hilang minat untuk belajar tulisan Jawi kerana mereka berpendapat tulisan Jawi sukar untuk difahami. Persepsi pelajar tersebut yang mengatakan bahawa tulisan Jawi sukar difahami telahmenjadi cabaran utama ke arah pemeliharaan Jawi melalui cara menguasai kemahiran menggunakan tulisan Jawi. Bagi memelihara kewujudan Jawi sebagai sebahagian daripada budaya Malaysia terutama di kalangan orang Melayu, pelbagai usaha harus dilakasanakan terutama dalam bidang pendidikan dengan kepercayaan bahawa generasi muda harus meneruskan legasi Jawi. Perbincangan berkaitan isu tulisan Jawi dalam pendidikan di Malaysia akan dijelaskan melalui kajian ini. Objektif utama kajian ini adalahuntuk mengenalpasti persepsi pelajar Melayu di UNITEN terhadap usaha-usaha meluaskan pembelajaran Jawi di pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia. Borang soal selidik yang mengandungi 15 pernyataantelah diberikan kepada100pelajar Melayu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden (61% responden, M= 3.27, SP 0.815) percaya bahawa “mata pelajaran Jawi perlu ditawarkan di semua peringkat pembelajaran seperti peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi, supaya pembelajaran Jawi lebih komprehensif” (pernyataan11) selain daripada diajar di pra-sekolah (pernyataan3: M= 3.76, SP= 0.816). Jelas sekali, majoriti responden mempunyai persepsi positif terhadap inisiatif yang dicadangkan untuk memperkenalkan Jawi di pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia sebagai persediaan untuk mempromosikan tulisan Jawi kepada komuniti yang lebih besar.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang) 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang, MALAYSIA, Malaysia
- Universiti Tenaga Nasional, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 144 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|