Aplikasi Maslahah Ke Atas Pensyaratan Pelaksanaan Haji Atau Umrah Melalui Agensi Pengelola
Mustafa Mat Jubri Shamsuddin1.
Ibadah Haji adalah rukun Islam kelima, manakala ibadah Umrah adalah salah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Kedua-dua ibadah ini adalah hak Allah ke atas setiap muslim yang berkemampuandan dari sudut yang lain ia juga merupakan hak semua muslim untuk melakukannya. Memandangkan pelaksanaan kedua-dua ibadah ini melibatkan aspek-aspek yang pelbagai seperti keselamatan dan kesihatan, maka pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskannya telah meletakkan beberapa syarat tambahan, di samping syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Syarak. Antara syarat-syarat tambahan ini ialah, larangan mengerjakan haji atau umrah tanpa melalui agensi pengelola yang sah. Kajian ini bertujuan menilai syarat larangan ini dari sudut syarak, dengan menekankan aspek kemaslahatan dan kemudaratan. Kajian ini mengandungi tiga perbahasan utama, iaitu pengertian beberapa istilah, latar belakang hukum larangan, dan membincangkan penilaian hukum larangan tersebut menurut konsep Maslahah. Kajian ini akan menggunakan metod kualitatif dengan menjadikan kaedah-kaedah syarak secara umumnya dan konsep Maslahah secara khususnya sebagai sandaran dalam menilai sejauh mana larangan mengerjakan Haji dan Umrah tanpa melalui agensi pengelola menepati Syarak.
Affiliation:
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 115 time(s))