View Article |
Blended Learning dalam Kursus TITAS: Kajian terhadap Penggunaan TITAS MOOC dalam Kalangan Pelajar UMS
Ros Aiza Mohd Mokhtar1, Abd Hakim Mohad2, Latifah Abdul Latiff3, Mashitah Sulaiman4.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan pendekatan blended learning dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyelaraskan sukatan pelajaran di samping meringankan beban pensyarah. Manakala, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) pula merupakan kursus yang diwajibkan kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Oleh yang demikian, kursus ini merupakan kursus yang diikuti oleh sejumlah pelajar yang besar pada setiap semester yang menjadikan beban bagi pensyarah kursus tersebut bertambah. Oleh itu, bagi menyelaraskan sukatan pelajaran di samping meringankan beban pensyarah TITAS, pihak KPT telah membangunkan TITAS MOOC yang diketuai oleh Universiti Putra Malaysia. Kertas ini akan mengkaji penggunaan modul pembelajaran TITAS MOOC dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian mendapati penggunaan pelajar UMS terhadap modul TITAS MOOC adalah baik dan terdapat hubungan yang tinggi antara faktor-faktor penerimaan iaitu tanggapan ianya bermanfaat, tanggapan ianya mudah digunakan dan pengaruh sosial dengan penerimaan pelajar UMS iaitu penggunaan secara sukarela. Kajian ini penting bagi menilai kerelevanan modul TITAS MOOC serta persekitaran UMS sendiri dalam merealisasikan pendekatan blended learning dalam kursus TITAS.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 98 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|