Konsep Pendidikan Islam: Adab Guru-Pelajar
Adibah Sulaiman@Mohamad1, Mohd Azmir Mohd Nizah2, Ahmad Norsyafwan Norawavi3.
Dalam korpus pengajian Islam, pendidikan adab sangat dititikberatkan oleh para sarjananya. Bagaimanapun, perubahan teknologi yang pantas telah membawa satu dimensi baru kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pembelajaran interaktif berasaskan multimedia atau pelbagai aplikasi dilihat sebagai sebahagian daripada strategi PdP dan mendapat perhatian golongan akademik di Malaysia termasuklah mereka yang berada dalam bidang pengajian Islam. Disiplin pengajian Islam yang memberi penekanan yang sangat besar kepada aspek adab dalam PdP mewujudkan jurang antara pendekatan konvensional dan tuntutan teknologi semasa. Oleh itu, kajian ini bermatlamat untuk membincangkan konsep adab menurut perspektif Islam. Objektif kajian juga untuk meneliti aspek adab guru-pelajar dalam pelaksanaan PdP. Kajian ini menggunakan metodologi pendekatan teks deduktif. Dapatan menunjukkan penghayatan konsep adab dalam proses PdP Islam tidak hanya terhad kepada golongan pelajar tetapi juga mencakupi adab guru kerana adab mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam Islam.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 125 time(s))