View Article |
Pengukuhan Semula Peradaban Komuniti Cina Muslim Berasaskan Dialog Antara Agama: Pengalaman di Terengganu dan Brunei
Azarudin Awang1, Azman Che Mat2, Sophian Ramli3.
Bagi sesebuah negara yang mempunyai etnik pelbagai anutan kepercayaan dan perbezaan amalan budaya, dialog antara agama berperanan membetulkan semula kekaburan dalam kehidupan beragama dan berbudaya. Melalui peranan Saudara Baru, dialog antara agama mampu menjadi medan bagi menjelaskan kebenaran tentang agama Islam kepada masyarakat bukan Muslim dan pelaksanaan amalan budaya asal kepada Muslim asal. Objektif kajian ini ialah melihat pengalaman pelaksanaan dialog antara agama di Terengganu dan di negara Brunei. Metode kajian ini menggunakan kajian dokumen yang menyentuh komuniti Cina Muslim di Terengganu dan Brunei. Selain itu, temubual dengan tokoh yang terlibat dalam pengurusan Saudara Baru turut dilakukan. Pengalaman pelaksanaan dialog antara agama di Terengganu dan negara Brunei memperlihatkan dialog antara agama mampu membetulkan salah faham dan selanjutnya mengendurkan ketegangan hubungan antara agama dan budaya antara komuniti Saudara Baru, ahli keluarga bukan Muslim dan masyarakat Muslim asal. Biarpun begitu, adalah dicadangkan agar kajian yang menyentuh dialog antara agama perlu diperkukuhkan sebagai medium untuk mengukuhkan semula peradaban memandangkan penduduk di kedua-dua lokasi ini terdiri daripada berbilang etnik dan agama sedangkan pada masa yang sama masalah yang menyentuh hubungan antara agama sentiasa timbul.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Malaysia
- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA Sarawak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 121 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|