View Article |
Potensi Falsafah Bahasa untuk Penyatupaduan Nasional: Pandangan Guru Bahasa Melayu
Mohd. Khaidir Abdul Wahab1.
Perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu dilakukan di semua peringkat, iaitu di peringkat individu, persatuan dan pertubuhan politik. Usaha ini sedikit sebanyak memberikan keinsafan kepada generasi muda bahawa perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu bukanlah satu perjuangan yang mudah. Ianya memberikan gambaran yang jelas bahawa bahasa Melayu dipercayai dan diyakini berupaya bertindak sebagai alat penyatupaduan nasional dan mampu menimbulkan jati diri sepunya dalam kalangan masyarakat sejak kemerdekaan lagi. Justeru itu, pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) bahasa Melayu tidak seharusnya hanya menitikberatkan penguasaan sistem bahasa dan kemahiran bahasa sebaliknya menyuburkan tradisi pemikiran, nilai dan budaya ilmu yang mampu membawa generasi muda ke arah mencapai matlamat perpaduan negara. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau potensi falsafah bahasa dalam pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) bahasa Melayu untuk penyatupaduan nasional. Pengumpulan data dijalankan melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik ke atas 200 orang peserta kajian yang meliputi guru Bahasa Melayu yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Perak, Kelantan, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Analisis data dibahagikan kepada 4 tema utama, iaitu: (1) Persepsi guru tentang konsep falsafah bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu, (2) Persepsi guru terhadap konsep penyatupaduan Nasional dalam hubungannyadengan pendidikan Bahasa Melayu, (3) Tahap kemahiran guru apabila berlakunya aspek penyerapan elemen falsafah bahasa dalam PdPc Bahasa Melayu, dan (4) Tahap penerimaan guru terhadap penyerapan elemen falsafah bahasa dalam PdPc Bahasa Melayu sebagai strategi penyatupaduan Nasional. Dapatan kajian daripada pelaksana pendidikan iaitu guru Bahasa Melayu ini amat penting kepada pembuat dasar dalam memastikan PdPc bahasa Melayu di sekolah mampu membina nilai dan keperibadian Malaysia dalam kalangan murid-murid pelbagai kaum.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 132 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|