Kesalahan tatabahasa bahasa melayu dalam penulisan karangan pelajar
Zaliza Mohamad Nasir1.
Kajian ini dijalankan bertujuan menganalisis kesalahan tatabahasa dalam kalangan pelajar Indonesia yang mempelajari kursus Bahasa Malaysia Penulisan Ilmiah di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan penulisan karangan pelajar sebagai data kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang mereka lakukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Indonesia banyak melakukan kesalahan tatabahasa terutama dari aspek sintaksis, semantik dan morfologi seperti kesalahan penggunaan aspek kata, penggunaan kata sendi dan kata ganti nama diri. Hasil kajian juga mendapati bahawa antara sebab-sebab berlakunya kesalahan ini adalah disebabkan oleh faktor kekurangan pengetahuan tentang sistem bahasa Melayu dan kekeliruan tentang makna perkataan. Walaupun bahasa Melayu berada dalam rumpun yang sama dengan bahasa ibunda penutur namun terdapat banyak perbezaan yang menimbulkan kekeliruan ini.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 233 time(s))