Kepimpinan guru besar dalam pelaksanaan pendidikan abad ke-21: Satu kajian preliminari
Safiek Mokhlis1.
Mengurus perubahan pendidikan di abad ke-21 sering dilihat sebagai satu masalah yang kompleks, iaitu, bukan dari segi perubahan itu sendiri tetapi pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka yang terlibat dan cara ia dizahirkan dalam bentuk tindakan. Persepsi dan tindak balas pemimpin sekolah terhadap perubahan yang dicadangkan boleh mempengaruhi hasil inisiatif perubahan. Kajian ini dijalankan untuk meneroka kepimpinan guru besar dalam pelaksanaan pendidikan abad ke-21 (PAK21) di dua buah sekolah rendah terpilih. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual untuk mengumpulkan data. Peserta temu bual merupakan dua orang guru besar yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru besar yang ditemu bual memahami dan boleh menghuraikan peranan dan tanggungjawab mereka dalam pelaksanaan PAK21. Secara khusus, mereka melaksanakan banyak fungsi kepimpinan melalui penetapan hala tuju sekolah, mengamalkan gaya kepimpinan yang bersesuaian, membuat keputusan, pemantauan dan penyeliaan, dan membina kerja berpasukan.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 136 time(s))