Hubungan antara pelaksanaan muraqabah (pemantauan) sepanjang latihan laut dengan pembinaan kesihatan emosi selepas menamatkan latihan laut dalam kalangan pelajar perkapalan di Malaysia
Khairunnisa A Shukor1, Jimaain Safar2, Ahmad Firdaus Mohd Noor3, Kamarul Azmi Jasmi4.
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan antara pelaksanaan muraqabah (iaitu strategi pemantauan berdasarkan elemen keagamaan, contohnya dengan memasang niat kerana Allah SWT) sebelum pelajar melaksanakan tugasan untuk menjalani Latihan Laut dengan pembinaan kesihatan emosi selepas pelajar berjaya menamatkan Latihan Laut dalam kalangan pelajar perkapalan di Malaysia. Strategi pemantauan merupakan salah satu kemahiran pengaturan kendiri yang dapat membantu pelajar menjalani Latihan Laut dengan baik. Seramai 376 orang pelajar telah dipilih secara rawak daripada lima buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang menawarkan kursus perkapalan, di mana pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang beragama Islam dan telah berjaya menamatkan Latihan Laut. Satu set soal-selidik telah dibina melalui perisian Qualtrics berdasarkan item-item yang telah dipersetujui oleh panel pakar (teknik Delphi). Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif (Median dan Julat Interkuartil) dan inferensi (analisis korelasi Spearman rho) dengan menggunakan perisian SPSS versi 24. Kajian ini mendapati bahawa kesemua item tahap pelaksanaan muraqabah sebelum pelaksanaan strategi sepanjang Latihan Laut dan tahap kesihatan emosi pelajar perkapalan setelah menamatkan Latihan Laut adalah tinggi (Med≥4.00, JI=≤1.00), manakala hubungan di antara keduanya adalah positif dah sederhana (rs(376)=.459, p<.001). Dapatan ini menunjukkan bahawa walau pun kekuatan hubungan ini adalah sederhana, namun muraqabah sebelum pelaksanaan strategi sepanjang Latihan Laut masih merupakan satu pengaruh yang baik terhadap perkembangan emosi pelajar selepas menjalani Latihan Laut. Hasil kajian ini dapat memberi panduan untuk melaksanakan muraqabah sebelum pelaksanaan strategi sepanjang Latihan Laut bagi pelajar yang sedang menjalani Latihan Laut.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 113 time(s))