Kesedaran terhadap amalan pengurusan risiko aktiviti rekreasi “zipline” dalam program Bina Insan Guru
Muhammad Syakir Sulaiman1, M.Adli. Mohd Sidi2, Mohd Faeez Ilias3, Mohd Amin Mohd Noh4.
Aktiviti rekreasi lasak merupakan aktiviti sihat dan merupakan aktiviti fizikal yang popular. Pendedahan terhadap risiko sangat berkait rapat dalam penglibatan aktiviti rekreasi lasak, namun adalah sangat penting untuk memberikan keutamaan untuk melindungi diri daripada potensi risiko semasa menjalankan aktiviti. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesedaran terhadap amalan pengurusan risiko semasa aktiviti rekreasi “zipline” dalam program Bina Insan Guru (BIG). Kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif dengan mengguna pakai borang kaji soal selidik sebagai alat kajian kepada 52 orang peserta program BIG terpilih kem rekreasi Raub, Pahang. Soal selidik iklim keselamatan rekreasi (Cheng 2016) diadaptasi mengandungi empat situasi amalan pengurusan risiko, iaitu tanggungjawab, peralatan, kebolehsuaian, dan latihan yang digunakan. Analisis statistik inferensi ujian-t digunakan bagi menjelaskan dan menguji hipotesis yang dikemukakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesedaran terhadap amalan pengurusan risiko oleh pelatih guru berada pada tahap yang tinggi. Kesedran terhadap amalan pengurusan risiko yang tertinggi ialah aspek tanggungjawab yang diberikan oleh jurulatih diikuti amalan latihan, alatan dan yang terendah adalah kebolehsuaian. Hasil dapatan ujian-t menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan kesedaran terhadap amalan pengrusan risiko antara guru pelatih lelaki dan guru pelatih perempuan. Implikasi kajian ialah pengurus atau jurulatih rekreasi perlu mengambil kira aspek kepelbagaian bahaya risiko dalam merancang aktiviti rekreasi “zipline”. Tahap kesedaran risiko yang tinggi dapat membantu peserta mendapat kepuasan aktiviti luar disamping mendapatkan pengalaman yang lebih optimum.
Affiliation:
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 131 time(s))