Persepsi penerimaan murid terhadap pelaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction dalam mata pelajaran Sejarah
M. Kaviza1.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi penerimaan murid berpencapaian tinggi dan murid berpencapaian rendah terhadap pelaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction dalam mata pelajaran sejarah di sekolah menengah. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang diadaptasi yang telah disahkan oleh dua orang pakar penilai dalam bidang pendidikan sejarah yang berpengalaman dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Seramai 61 orang murid Tingkatan Empat melalui teknik persampelan bertujuan-rawak berstrata terlibat dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap persepsi penerimaan murid terhadap pelaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction dalam mata pelajaran sejarah di sekolah menengah berada pada tahap tinggi. Selain itu, tahap persepsi penerimaan murid berpencapaian tinggi terhadap pelaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction adalah lebih tinggi berbanding dengan murid berpencapaian rendah. Namun begitu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min persepsi penerimaaan terhadap pelaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction di sekolah menengah berdasarkan tahap pencapaian murid. Implikasi kajian ini telah mencadangkan bahawa guru-guru sejarah perlulah mempratikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif selaras dengan perkembangan strategi pembelajaran abad ke-21 dan penggunaan teknologi maklumat.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 119 time(s))